Kami amat berbesar hati kerana telah dinamakan ‘ Broker Paling Dipercayai di Eropah 2017 ‘ oleh Majalah Jenama Global yang terkenak. Mengiktiraf jenama-jenama terbaik dan cemerlang dalam pelbagai industri, majalah UK tersebut menampilkan Tickmill dalam senarai syarikat-syarikat berprofil tinggi yang meningkatkan bar yang lebih tinggi dan cemerlang dalam bidang masing-masing.

Anugerah ini telah datang pada masa yang sangat sesuai, kerana syarikat kami melihat perkembangan serta populariti yang luar biasa di Eropah. Ia meyakinkan status kami sebagai broker yang paling dipercayai, tetapi yang paling penting, ia membuktikan bahawa pelanggan-pelanggan kami menghargai dedikasi kami kepada etika nilai-nilai teras, seperti ketelusan, bertanggungjawab dan rasa hormat, yang terkandung dalam model perniagaan kami serta budaya syarikat.

Dalam industri yang penuh dengan persaingan sengit dan peraturan yang semakin ketat, syarikat kami tetap teguh dan berdaya tahan dengan meletakkan pelanggan-pelanggan dan pekerja-pekerja kami di tengah-tengah semua yang kami lakukan. Sejajar dengan pendekatan ini, kami telah banyak membuat pelaburan dalam pembangunan hubungan yang positif dan saling bermanfaat dengan para pelanggan kami dari pelbagai asas untuk menawarkan perkhidmatan pelanggan secara peribadi dengan cara yang amat prihatin.

Tickmill menjadi lebih teguh setiap hari dan semua ini adalah kerana kesetiaan dan dedikasi Pelanggan-pelanggan kami.

Terima kasih menjadi penggerak kuasa untuk kejayaan kami. Kami berharap dapat mencapai lebih banyak kejayaan dengan anda.