Di Tickmill, kami sentiasa mengutamakan kepentingan pelanggan-pelanggan kami. Untuk tujuan ini, kami terus berusaha untuk memudahkan keadaan perdagangan kami untuk memenuhi pelbagai keperluan pelanggan di seluruh dunia. Dengan ini, kami menawarkan akaun-akaun Islamik yang mematuhi undang-undang Syariah.

Akaun Islamik Forex dikenali sebagai akaun bebas swap kerana tidak ada swap atau faedah peralihan pada kedudukan semalaman, yang bertentangan dengan kepercayaan umat Islam. Semua pelanggan Muslim boleh mendapat manfaat daripada keadaan perdagangan yang terunggul dari Tickmill dengan membuka apa juga akaun dengan kami – Klasik , Pro atau VIP – dan menukarkannya kepada jenis Islam.

Akaun Islam mempunyai syarat dan istilah dagangan yang sama seperti jenis akaun dagangan biasa kami. Satu-satunya perbezaan ialah tiada swap.

Pasukan Sokongan Khidmat Pelanggan kami yang hebat akan memproses permintaan anda untuk mendapatkan status akaun Islamik dalam masa 1 hari perniagaan dan anda akan menerima e-mel pengesahan setelah semuanya selesai diatur. Semua akaun dagangan berikutnya yang dibuka oleh anda di Tickmill akan, dengan secara automatik, diklasifikasikan sebagai bebas swap dan ini bermaksud anda tidak lagi perlu menghubungi kami.

NB! Sila pastikan anda mematuhi perjanjian penggunaan akaun perdagangan Islam (Bebas-swap) sebelum memohon status akaun bebas swap.